Tips Atasi Haid Tidak Teratur Cara Semulajadi

 

Post kali ni khususnya sis nak bercerita tentang sesuatu yg amat biasa & berkait rapat dengan seorang wanita. Namun, terdapat juga segelintir wanita yg tidak menyedari tentang kepentingannya ataupun tidak tahu apa yg harus dilakukan sekiranya menghadapi masalah KITARAN HAID tidak teratur atau tidak menentu.

Kitaran haid yang tidak teratur tidak boleh dipandang ringan oleh golongan wanita. Hal ini kerana ,pusingan haid teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan . Pelbagai gejala dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Jadi penting untuk korang tahu sama ada situasi ini ada kene mengena dengan gejala dan penyakit akibat gangguan haid.

Menurut Dr Hamid Arshat ,sebahagian besar (masalah gangguan haid) disebabkan oleh gangguan hormon dan juga pelbagai ketumbuhan yang bukan penyebab kanser seperti fibroid , endometriosis dan ovarian cysts. Ada banyak punca kenapa masalah haid tak teratur ni berlaku. Ada yang serius dan ada yang tak. Ada yang perlu dirawat dengan rawatan pakar perubatan. Ada juga yang boleh diperbaiki dengan pengambilan ubat atau nutrien tertentu ataupun hanya dengan mengubah gaya hidup ke arah lebih baik. Sampaikan untuk beberapa tempoh masa, masalah boleh hilang dengan sendirinya.

 

Anda perlu tahu corak haid yang dikatakan ‘normal’ untuk diri anda

 

Tapi apa punca-puncanya  yang menyebabkan haid tidak teratur ni?

  • KEGEMUKAN– berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  • KEHAMILAN– haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/
  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN– hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • TERLALU KURUS– tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  • MASALAH KESIHATAN– sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • MENOPAUS– ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  • PENCEGAH HAMIL– pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • TEKANAN/STRESS– stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  • PENYUSUAN BADAN– sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  • TERSILAP PENGIRAAN– 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  • MASALAH TYROID – hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  • UBAT-UBATAN– jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

 

Kesan Haid Tidak Teratur

Haid tak teratur boleh memberikan kesan yang tak baik kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita. Apatah lagi untuk jangka panjang mesti akan memberikan kesan kepada kesihatan. Tak mustahil juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. Antara akibat daripada period tak stabil ni ialah:

 

Haid Tidak Teratur Boleh Sebabkan Mood Swing

 

Kemandulan –Period tak stabil boleh jadi tanda adalah masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

Ketidaksuburan dan susah hamil –Impian setiap wanita dan pasangan yang dah berkahwin adalah ingin mendapatkan anak sebagai zuriat sendiri. Tapi masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

Masalah kesihatan seperti anemia –Haid tidak teratur juga boleh menyebabkan haid berpanjangan. Ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan jadi lemah dan mudah pengsan.

 

Tips  Mengatasi dan Merawat Haid Yang Tidak Teratur Cara Semulajadi.

Gaya hidup yang tidak sihat,merokok,minum alkohol,senaman yang berlebihan dan mengambil ubat-ubatan menyebabkan haid menjadi tidak teratur. Ada juga ramai dikalangan wanita yang mempunyai masalah hormon yang tidak stabil dan teratur, dengan gaya hidup dan gaya pemakanan yang tidak sihat akan memberikan kesan kepada hormon seseorang ,secara tidak langsung ia menyebabkan kitaran haid turut terganggu. Sis kongsikan cara seimbangkan hormon secara semulajadi agar dapat membantu anda mengatasi masalah haid tidak teratur dan sekaligus dapat jalani hidup dengan lebih sihat.

10 Cara Menyeimbangkan hormon secara semulajadi

1. Makan lemak sihat (termasuk minyak kelapa dan avokado)

Makan pelbagai jenis makanan yang mempunyai rantaian asid lemak yang pendek, sederhana dan panjang membantu hormon anda. Badan anda memerlukan pelbagai jenis lemak untuk membina hormon, termasuk lemak tepu dan kolesterol. Lemak penting ini bukan sahaja asas untuk membina hormon, tetapi merendahkan tahap keradangan, merangsang metabolisme dan menggalakkan penurunan berat badan.

Empat sumber lemak sihat, anti-radang termasuk minyak kelapa, avokado, grass-fed butter, dan salmon. Minyak kelapa mempunyai banyak kegunaan, contohnya mempunyai kesan anti-bakteria dan pembakaran-lemak semulajadi. Manfaat avokado termasuk memperbaiki kesihatan jantung, merendahkan keradangan, mengawal selera makan dan menyumbang kepada pengambilan harian serat dan nutrien seperti potasium.

 

 

2. Jangan Skip Waktu Makan

Jangan skip waktu makan. Amalkan mengambil set hidangan lengkap untuk waktu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Jika anda sedang dalam proses menguruskan badan, boleh sahaja amalkan makan dengan mengambil portion hidangan yang sedikit. Dengan mengambil ketiga-tegia hidangan lengkap sehari, anda sebenarnya membenarkan metabolisme badan berfungsi dengan baik, sempurna dan teratur. Ramai yang tidak tahu, bahawa apabila kita mengelak untuk mengambil sarapan pagi, metabolisme kita akan turun disebabkan oleh kekurangan kalori untuk ditukarkan kepada tenaga. Ini sebeanrnya menjadikan tubuh badan kita semakin gemuk.

 

Makanan Karbohidrat Tinggi

 

3.Kurangkan karbohidrat tinggi glisemik indeks dan gula

Kurangkan karbohidrat tinggi glisemik indeks dan gula dalam makanan. Kurangkan makanan yang diperbuat daripada tepung, beras dan juga alkohol adalah salah satu tips seimbangkan hormon badan. Ada juga karbohidrat yang sihat seperti ubi kentang atau pisang.

Makan makanan yang kaya dengan serat seperti roti penuh gandum, nestum mahupun oat. Serat ini membantu untuk mencernakan makanan di dalam usus supaya usus kita sihat dan bersih serta mengelakkan toksin berkumpul dalam badan.

 

3.Amalkan gaya hidup sihat

Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup. Senaman secara amnya sangat bagus untuk keseimbangan hormon kerana mengurangkan keradangan, membantu mengekalkan berat badan sihat, menurunkan stress, membantu mengawal selera makan dan membantu mendapatkan tidur yang lena.

 

4.Kurangkan Tekanan Dan Dapatkan Tidur Yang Cukup

Anda tidak membantu tubuh badan anda sekiranya tidak tidur 7 hingga 8 jam setiap malam. Kurang tidur atau gangguan ritma sirkadian semula jadi boleh menjadi tabiat buruk yang menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon. Bagaimana? Kerana hormon anda bekerja secara berjadual! Kortisol, hormon “tekanan asas”, dikawal pada waktu tengah malam. Oleh yang demikian, individu yang tidur lewat tidak dapat rehat daripada respons lari/lawan (flight/fight) mereka.

Kurang tidur, penggunaan jangka panjang kortikosteroid dan tekanan kronik merupakan tiga penyumbang terbesar kepada peningkatan tahap kortisol. Laporan Indian Journal of Endocrinology and Metabolism menyatakan bahawa “Tekanan boleh menyebabkan perubahan dalam tahap serum kebanyakan hormon termasuk glukokortokoid, katekolamin, hormon pertumbuhan dan prolaktin”. Tidur membantu menyeimbangkan hormon tekanan, membina tenaga dan membenarkan tubuh badan pulih dengan sempurna. Tekanan melampau dan kurang tidur dikaitkan dengan ketinggian tahap kortisol waktu pagi, pengurangan imuniti, masalah dengan prestasi kerja dan lebih mudah terdedah kepada kebimbangan, pertambahan berat badan dan kemurungan. Bagi memaksimakan fungsi hormon, cuba tidur pada jam 10.00 malam dan kekalkan kitaran-tidur- bangun sebaik mungkin.

 

 

5. Makan Buah-buahan Kaya Antioksidan

Makan buah-buahan segar seperti di bawah ini dipercaya dapat menjaga mood agar lebih stabil dan memperlambat menopause pada wanita. Contohnya buah Angur kaya akan kandungan flavonoid yang bagus untuk kes1hatan kulit sekaligus hormon. Selain anggur, buah-buahan seperti buah citrus dan jenis buah berry juga kaya akan kandungan flavonoid.Selain itu, buah Delima memiliki khasiat semulajadi untuk merencat enzim di dalam tubuh wanita yang mengubah estrogen lemah menjadi estrone dan estradiol. Hormon-hormon ini berperanan dalam menjaga kesuburan organ reproduksi pada wanita.

 

 

6. Kawal Pengambilan Kafein Dan Alkohol

Kafein dalam kuantiti sederhana mungkin sesuai bagi sesetengah orang, tetapi pengambilan kafein berlebihan bersamaan dengan tidak mendapat tidur yang cukup. Kafein yang boleh berada dalam badan sehinga 6 jam, ialah bahan kimia yang memberi kesan kepada sistem saraf tunjang dan meningkatkan kadar denyutan jantung, meingkatkan kepekaan, dan mengubah cara otak anda menghasilkan hormon. Walaupun pengambilan kafein dalam dos berlebihan jarang berlaku, kafein berupaya meningkatkan tahap kortisol jika mengganggu kitaran tidur anda. Ini juga memberi kesan kepada hormon tekanan yang lain, seperti pengeluaran adrenalin. Kafein boleh menyebabkan ketagihan, meningkatkan rasa gemuruh dan kebimbangan kepada ramai orang, dan menyebabkan insomnia.

Ikan Salmon Kaya dengan Omega 3

7.  Makan banyak protein dan makanan kaya omega 3

Makan banyak protein setiap hari. Protein mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsinya termasuklah menstabilkan perjalanan hormon. Makanan tinggi antioksidan juga penting untuk meningkatkan keupayaan badan untuk melawan radikal bebas mahupun bakteria yang merosakkan sel punca kepada ketidakstabilan hormon. Tips lain nak tahu cukup ke tidak protein mahupun antioksidan dalam badan ambil sahaj ESP dan juga Set Antioksidan Shaklee (ACE).Amalkan makan asid lemak yang sihat seperti makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Omega 6 seperti ikan salmon, telur dan kacang soya. Kalau guna minyak masak boleh tukar kepada minyak zaitun mahupun meinyak bunga matahari.

 

8. Makan Sayur-sayuran tinggi Antioksidan

Berbagai sayuran yang tinggi akan kandungan antioksidan juga berfungsi untuk mencegah timbulnya risiko penyakit kanser dan penyakit kronik di dalam tubuh. Berikut sayur-sayuran yang wajib kita ambil dalam pengambilan harian pemakanan kita antaranya Brokoli dan sayuran hijau lainnya seperti , bayam, kubis, dan asparagus dapat membantu memecah metabolit estrogen. Hal ini bisa menjadi pemicu tumor, khususnya pada sel-sel payudara yang sensitif terhadap estrogen.

 

 

9. Makanan tambahan dengan Vitamin D3

Menurut artikel daripada American Journal of Clinical Nutrition, peranan vitamin D3 dalam menggalakkan kesihatan adalah lebih penting berbanding dapatan sebelumnya. Pengkaji mendapati vitamin D mempunyai kesan seperti berikut: Vitamin D3 memberi kesan “sistem imun, sistem imun semula jadi, rembesan insulin oleh sel beta pankreatik, fungsi jantung pelbagai dan mengawal tekanan darah, dan otak dan perkembangan janin.”

Vitamin D bertindak seperti hormon di dalam badan dan mempunyai implikasi penting untuk merendahkan tahap keradangan. Ini adalah sebab orang yang tinggal di kawasan gelap sering menderita akibat tekanan bermusim dan masalah kesihatan lain kecuali jika diberikan vitamin D. Matahari merupakan cara terbaik untuk mengoptimakan tahap vitamin D kerana kulit anda sebenarnya menghasilkan vitamin D sendiri apabila terdedah sedikit kepada cahaya matahari. Kebanyakan orang mesti mempunyai 2,000 IU hingga 5,000 IU vitamin D3 setiap hari jika mereka tinggal di kawasan gelap, ketika musim sejuk dan ketika hari mereka tidak mendapat cahaya matahari.

 

10.Ambil supplement yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA) –GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

 

GLA COMPLEX SHAKLEE Membantu Melancarkan Haid

Kebanyakan produk GLA dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tapi GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang mana kelebihannya ialah mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO! GLA Shaklee digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E supaya lebih berkesan.

GLA : GLA membantu badan menstabilkan hormon terutama apabila hormon terganggu akibat pengambilan ubatan dan pil perancang. Hormon yang stabil membantu mendapatkan haid yang stabil dan teratur.

Kalau nak tenang tanpa stress, boleh ambil B-Complex Shaklee. Sebab B-Complex membantu memberikan sensasi ketenangan. Bila tenang haid kembali normal!!

Jadi chill. Jangan risau.Kita ikhitar pula dengan suplemen anti-stress ni pula. Terdapat banyak kelebihan dan manfaat B Complex Shaklee yang membuatkan ianya sangat berbaloi utk dimiliki.

 

Kalau selalu rasa penat, boleh ambil multivitamin Vitalea. Yela, kalau penat pon stress jugak. Sebab balik keje dah stress, badan penat nak main dengan anak2 pon tak larat. Kesian anak2 tunggu kita seharian balik keje dengan harapan nak main sama2 tapi kena marah pulak. Huhu. Saya syorkan ambilla Vitalea sebab dengan gabungan Vitalea dan B-Complex tadi memang kita akan lebih bertenaga dan tak stress.

 

Masalah haid tidak teratur juga boleh pulih dengan vivix.

Testimoni-testimoni Vivix dalam masalah haid tidak teratur

 

Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016(35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.

Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya,sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow.

Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar.

Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.

Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya,sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang.

Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!

 

 

Berminat untuk atasi masalah haid tidak teratur dengan Set Shaklee ?

Saya adalah pengedar Shaklee Perak. Saya boleh COD area berhampiran Seri Iskandar – Sitiawan dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.NAK BELI SENDIRI???

Boleh terus buat pembelian online hanya 1 click link di bawah ini

Atau jika anda berminat untuk order boleh whatsapp saya ,bagi yang access guna blog boleh click link di sini

http://www.wasap.my/60134882042

FB : https://www.facebook.com/NadTalib

IG :  https://www.instagram.com/nad_naturalvitamin/

 

Daftar Ahli satu kelebihan 

Dapatkan produk Shaklee beserta diskaun 15%-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Anda boleh juga mendaftar secara terus dengan SHAKLEE icon di bawah

 

Anda boleh dapatkan khidmat konsultasi dari saya untuk pembelian produk anda dengan hubungi/sms/whatsapp saya di nombor 013-4882042

Nadirah Talib

Pengedar Shaklee Anda

013-4882042

Terima kasih kerana mengunjungi blog vitamin saya..

 

*Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge