Tips Atasi Sembelit Dengan Cepat Dan Berkesan

PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi ketika membuang air besar ? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit. Kebanyakkan orang sering memandang remeh sekiranya tidak membuang air besar walaupun sehingga seminggu atau lebih kerana menganggap perkara itu bukan masalah besar.Ramai juga tidak mengambil berat atau tidak sedar bentuk najis yang dikeluarkan juga petanda usus sedang mengalami masalah atau sebaliknya.

Menurut Ketua Perubatan Boehringer Ingelheim Syarikat Farmaseutikal Global di Malaysia, Dr Mogana Sivalingam, berkata sekiranya lebih tiga hari dalam seminggu tidak membuang air besar, bermakna individu terbabit sedang berdepan masalah sembelit.

Sembelit boleh jadi punca buasir
Continue Reading